Monday, May 4, 2009

have u ever eaten a donut hole?

takkan aku melampiaskan nafsu materialistik
di atas muka bumi ini.
mungkin
aku seharusnya melihat jauh dengan pancaindera hati,
bukan hanya sekadar dengan mata yg nampak tapi tetap buta.

tanah yang wujud ini
telah lama kusedari
bahawa
ianya hanya sementara.
namun.
masih aku mampu melahirkan rasa kecewa
oleh sebab perlakuanku ini
yg seakan-akan
tidak bersyukur dengan nikmat ILAHI.

ya ALLAH!
berikanlah aku peluang sekali lagi.
dalam pencarian makna hidup yg lebih bererti.
dalam melalui onak duri hidup ini.
dalam merentasi ranjau yang tidak lekang dengan pancaroba.
aku kian hari
hanya mampu
menghadap-Mu
dengan penuh rasa rendah diri.

tatkala kitab berhabukku yg kubuka
tiap baris yang kubaca
tiap huruf yang ku berikan makna.
helaian-helaiannya
kian dipenuhi
titis-titis
air
mata.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kamu(umat Islam) adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu)menyeru berbuat yang makruf dan mencegah
dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. (03:110)



MySpace

No comments: