Friday, December 3, 2010

natural behaviour.

I
jika tidak tahu, ia akan terpinga-pinga.
jika tidak tahu, ia akan bertanya.
jika tidak tahu, ia akan mencari.

bila ia sudah mengetahui, ia akan memilih; ditinggalkan begitu sahaja atau didalami .

II
bagi yang ingin tahu, ia mendekati untuk lebih mengenali.
diamati.
diteliti.
diperinci.
difahami.
jika selari minatnya, akan dikejar ke mana-mana jua.
walaupun hanya untuk mendapatkan tempias mahupun sekilas pandangnya.

III
masa berlalu seperti biasa.
namun dirasakan pelik baginya.
seperti semacam tidak kena.
bosan gamaknya.
mungkin lalai dan alpa juga?
lambat laun, diabaikannya akan ia.
bila sudah ada, ditinggalkan.

IV
saat ditinggalkan, rasa bebas tak kenal rasa.
namun akan merengek jua.
bila ditinggalkan, dicari semula.
kitaran bermula semula.

No comments: